Thursday, November 4, 2010

KERANA..

bagaimana seorang ibu menerima anaknya,
walau siapa pun jua anaknya itu,
walau dalam keadaan apa sekali pun.. baik atau buruk,
si ibu tetap ikhlas menerima anaknya itu,
walau dalam sukar,
walau dalam senang,
bukan kerana tiada pilihan..
bukan kerana berputus asa..
bukan kerana terpaksa..
tetapi kerana cinta seorang ibu hingga ke syurga.

bagaimana seorang ayah menerima anaknya,
walau bagaimana sekali pun perilaku anaknya itu,
walau dimana jua,
si ayah tetap ikhlas menerima anaknya itu,
walau dalam sukar,
walau dalam senang,
bukan kerana tiada pilihan..
bukan kerana berputus asa..
bukan kerana terpaksa..
tetapi kerana sayang seorang ayah tiada penghujungnya.

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).

bagaimana seorang sahabat menerima sahabatnya, 
walau bagaimana pun sahabatnya itu,
walau siapa pun sahabatnya itu,
walau pertelingkahan pernah dilalui mereka,
si sahabat tetap ikhlas menerima sahabatnya itu,
walau dalam sukar,
walau dalam senang,
bukan kerana tiada pilihan..
bukan kerana berputus asa..
bukan kerana terpaksa..
tetapi kerana kasih seorang sahabat sentiasa setia bersama.


Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)






No comments:

Post a Comment