Sunday, April 21, 2013

Kenapa diadakan Pilihan Raya

Pemerintahan bercorak demokrasi berbeza dengan pemerintahan bercorak kuku besi. Ia berbeza dari segi cara mendapatkan kuasa memerintah egeri. bagi kerajaan bercorak demokrasi, kuasa itu ditentukan melalui pilihan raya. melalui pilihan raya, rakyat diberi hak memilih kerajaan mereka sendiri. Ini bermakna, kerajaan yang bercorak demokrasi ialah kerajaan yang tertakluk kepada persetujuan rakyat dan menjalankan tugas-tugasa dan polisinya untuk melaksankaan kehendak-kehendak rakyat. sebaliknya kerajaan yang berpandukan corak pemerintahan kuku besi tidak membenarkan pilihan raya diadakan. kuasa pemerintahan dan asas kerajaan adalah bergantung kepada kekuatan senjata. rakyat tidak diberi hak untuk memilih kerajaan. rakyat juga tidak dibenarkan membuat sebarang teguran atau cabaran terhadap polisi dan tugas kerajaan. jika rakyat membantah tegahan-tegahan ini, mereka akan dipenjara dan mungkin akan dibunuh. Oleh sebab itu orang-orang yang mempunyai kuasa memerintah dikawal rapi oleh angkatan bersenjata menyebabkan mereka terasing jauh dari rakyat. Justeru tidak hairanlah berlaku pemberontakan dari masa ke semasa untuk menjatuhkan kerajaan yang kejam itu. 

Oleh kerana kerajaan demokrasi bergantung kepada pilihan raya untuk menentukan kuasa pemerintah, maka amatlah mustahak pilihan raya itu dijalankan dengn adil. pilihan raya yang mengandungi perkara-perkara yang tidak diigini samalah juga seperti mendapat suatu kuasa dengan cara tipu dan tidak memuaskan hati rakyat. 

Untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dan bebas, amatlh mustahak diadakan syarat-syarat berikut :

  • pilihan raya itu hendaklah dianjurkan oleh satu badan yang jujur dab boleh dipercayai rakyat.
  • Undang-undang-pilihan raya itu mestilah berasaskan kepada keadilan dan mencegah perkara-perkara yang tidak elok.
  • Segala pertelingkahan mengenai pilihan raya mestilah diselesaikan dengan segera oleh satu mahkamah khas. 

Sumber :                                                                                                                                          Mohd Salleh Abas. 1987. Pilihanraya Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 




No comments:

Post a Comment